AYAM KAMPUNG/KEDAH MEMBUAT DAN MENJUAL INKUBATOR PENETAS TELUR AYAM

AYAM KAMPUNG/KEDAH    MEMBUAT DAN MENJUAL INKUBATOR PENETAS TELUR AYAM
CONTOH INKUBATOR BUATAN KAMI YANG TERDAPAT DI PASARAN.KAPASITI BOLEH MASUK 120 BIJI TELUR AYAM KAMPUNG.

MOHD REZUAN MAT ISA.(BOB TOL PENDANG)

MOHD REZUAN MAT ISA.(BOB TOL PENDANG)
TAK HENSEM TAPI MANIS ADA

TERBARU DI PASARAN

TERBARU DI PASARAN
HARGA JUALAN RM430 TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN.KAPASITI TELUR 120 BIJI TELUR AYAM KAMPUNG.THERMOSTAT TERBAIK BUATAN ITALY,IA PENGAWAL SUHU YANG PALING BAIK

PERBINCANGAN/PERTANYAAN

INKUBATOR AKU DAH MASUK TV1

VIDEO PENETASAN ANAK AYAM MENGGUNAKAN INKUBATOR

Khamis, 22 Julai 2010

PERBEZAAN INKUBATOR MANUAL DAN AUTOMATIK

Kita sedia maklum bahawa inkubator automatik lebih baik dari manual,kita tidak payah pusing telur sebab telur berpusing sendiri.Harus diingat harga inkubator yang berkapasiti 100 biji pun dah mencecah ribuan ringgit.tidak dinafikan juga inkubator ini di lihat canggih buatannya.Sekarang saya akan membuat perbandingan antara inkubator manual dan inkubator automatik...Jika dibandingkan tidak banyak kelebihan dari inkubator manual:-

Inkubator automatik:-

kelebihan
* tidak perlu kalih telur setiap hari.
* telur diletakkan didalam tray khas dan tidak boleh bergolek.(hanya tray yang bergerak)
* suhu dikawal oleh thermostat digital (ada setengah saja yang menggunakan thermostat manual)
*buatan mengunakan besi@playwood yang dilapik fomeca.
*alat pengerak telur menggunakan motor khas yang dikawal oleh timer.dan beberapa jenis  alat lagi

keburukan
*tidak banyak telur boleh diisi ini kerana tray yang dibuat khas lubang pada tray hanya untuk sebiji telur setiap satu.

*Bila motor(pemusing telur) rosak atau terbakar memerlukan kos yang tinggi dibaik pulih.kerana perlu dihantar pada individu yang membuatnya.kos repair mungkin hampir sama banyak dengan kos pembalian inkubator tersebut.

Berbanding inkubator keluaran saya,saya dah buat khas untuk anda  menyelenggara kerana disetiap bahagian atas saya skru dan mudah untuk dibuka bahagian atas(wayaring)

* proses memantau hanya boleh di lakukan diluar inkubator kerana  suis inkubator perlu dimatikan untuk membuka pintu inkubator AUTOMATIK

(berbanding dengan inkubator manual  keluaran saya boleh dibuka pada bila-bila masa yang kita mahu)

*anak ayam yang menetas akan jatuh terus  ke lantai tray,ini boleh meyebabkan kecacatan pada anak ayam tersebut.

*kegunaan tenaga elektrik terlalu tinggi jika dibandingkan dengan inkubator manual keluaran saya kerana inkubator AUTOMATIK banyak mengunakan heater(besi pemanas owen)serta mengunakan kipas(air force)untuk menghembus udara panas.

Inkubator saya, menggunakan lampu mentol 5 watt dan kosnya lebih murah dan mudah ditukar bila terbakar mentol.hanya 40 watt elektrik

*thermostat digital  yang digunakan akan rosak kerana jangka hayat alat ini mungkin tidak sampai 10 tahun kerana alat ini mengunakan elektrik sepenuhnya.untuk beroperasi.

Thermostat yang saya gunakan jenama CAEM buatan ITALY dibahagian belakang bersalut seramik  dan selamat dari litar pintas. (nadi utama hanya thermostat)

* Inkubator automatik ini juga bila berlaku kerosakan pada motor ia mengambil masa yang lama untuk diperbaiki,bayangkan lah bila telur dalam inkubator anda ketika itu sudah menebuk,inkubator ini lambat untuk diperbaiki.,telur ayam anda akan rosak.ini kerana telur ayam hanya tahan selama 6 jam jika tiada elektrik.

Inkubator keluaran saya juga thermostatnya  mudah dibuka,hanya buka 2 skru dan tanggalkan wayar.jika berlaku kerosakan,buka dan hantarkan kepada saya.Saya akan hantar yang baru jika tiada ubah suai dilakukan.wayar boleh  disambung direct  tanpa thermostat(perlu dipantau suhu untuk waktu darurat macam situasi diatas.)


Inkubator manual:-ayam kampung kedah
*perlu alih telur setiap hari(3 kali sehari paling minimum)boleh dilakukan oleh kita sendiri,isteri atau anak serta pekerja kita dirumah atau bilik penetasan.Proses pengalihan telur tidak perlu dilakukan satu-persatu,.kita hanya perlu pusingkan atau mengharu seperti permainan mahjong.contohnya kita ikut tabiat ayam kita,ibu ayam menggalihkan telur dengan menggunakan kaki dan dia tidak mengalihnya satu persatu.

*tray(tempat letak telur) inkubator manual saya mengunakan jaring besi yang halus dan rata(telur bebas bergolek)serta proses memusingkan telur hanya tidak sampai 1/2 minit pun untuk proses mengalih telur.(buka pintu inkubator,harukan telur dan tutup)itu saja,bukan satu-satu pusing telur. Anak saya berumur 4 tahun setengah dah pandai memusingkan telur dirumah saya..o.k bila yakin semua telur dah terpusing terus tutup pintu inkubator,sambil tu perhatikan@pantau thermometer supaya suhu berada pada tahap yang betul.

*jangka hayat inkubator saya boleh digunakan selama lebih dari 10 tahun.ini kerana playwood yang digunakan telah saya sapukan dahulu bahan anti kulat.karana tindak balas air pada playwood akan menghasilkan kulat pada bahagian bawah tray.

*Para pembeli akan saya sertakan manual penggunaan kepada anda.Manual ini adalah pengalaman peribadi saya dalam kajian membuat inkubator dan proses pengurusan inkubator.serta cara satting thermostat dan banyak lagi lagi cara yang tidak akan dapati dari mana-mana buku dan tiori orang lain.Banyak lagi kelebihan yang ada pada inkubator saya ini.Anda pasti akan puas hati ,jika anda memiliki inkubator saya berbanding dari keluaran orang lain.

*KINI RAMAI YANG TELAH MEMBELI AKAN ORDER LAGI BEBERAPA UNIT TAMBAHAN KERANA TERNAKAN MEREKA   SEMAKIN BERKEMBANG MAJU,

JIKA PERNIAGAAN SAYA INI HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA.PASTI SAYA TIDAK SAMPAI KE PERINGKAT INI.KINI PRODUK SAYA DAH BERADA DI KEMBOJA SERTA SELURUH  SEMENANJUNG MALAYSIA TERMASUK JUGA  SABAH DAN SERAWAK .

MAAF BUAT PENGUSAHA INKUBATOR AUTOMATIK.ARTIKEL INI BUKAN MEMPERLEKEHKAN INKUBATOR AUTOMATIK HANYA UNTUK BUAT PERBANDINGAN SAHAJA.WASSALAM

Tiada ulasan:

perihal thermostat italy

Mengenali Inkubator dengan Termostat Itali

Memang betul apa orang cakap, organ paling penting dalam sesebuah inkubator ialah termostat. Termostat yang baik menghasilkan peratusan tetasan yang tingi. Kalau termostat jenis cikai je, telur yang menetas pun cikai la jugak. Kali pertama saya menggunakan inkubator dengan termostat buatan Itali ni menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Daripada 1o biji telur, 7 biji telah menetas, 1 biji rosak dan 2 biji lagi tak menetas mungkin sebab tiada benih jantan di dalamnya. Saya rasa kalau semua telur tu ada benih, boleh jadi semua akan menetas atau sekurang-kurangnya 80 % akan menetas.

Ciri-ciri termostat Itali:

Julat Suhu :1-110 darjah celcius/ Suhu kendalian maksimum pada termostat: 80oC / Suhu kendalian maksimum pada bulb stainles steel: 44oC / Panjang bulb stainlessteel : 180 mm / Diameter bulb stainles steel : 180 mm / Panjang dawai bulb : 900 mm

Knob @ tombol C.A.E.M. termostat ditulis dengan jelas, oleh itu pelarasan mudah dibuat. Pusingan knob lebih sensitif dengan nisbah pusingan yang besar untuk melaras suhu perbezaan suhu yang kecil. Ini akan memudahkan pelarasan yang dibuat. Perbezaan suhu cuma 1 darjah Celcius, sebagai contoh jika lampu padam pada 39 darjah Celcius, ia akan menyala semula pada 38 darjah Celcius. Ini menjamin tahap berjayanya penetasan sesebuah inkubator.

Suhu operasi termostat jenis ini adalah 0-110 darjah Celsius, menjadikan ia adalah termostat terbaik untuk digunakan pada inkubator kerana kebanyakan suhu pengeraman hanyalah sekitar 39 darjah Celcius. Ketepatan termostat berjulat 0-110

Selain itu, semua bahagian logam termostat ini dibuat dari stainless steel @ keluli tahan karat, ini dapat mengelakkan ia berkarat apabila digunakan dalam persekitaran incubator yang lembap dan panas dalam tempoh yang lama

Tanda CE pada badan termostat menunjukkan bahawa ia telah memenuhi standard @ piawai keselamatan, kesihatan dan perlindungan persekitaran yang disahkan oleh European Union. Ini menunjukkan produk ini selamat, berkualiti dan diiktiraf.

Termostat ini mempunyai 3 kaki yang dilabelkan dengan tanda P, 1 dan 2. Padalah arus masuk, 1 adalah arus keluar manakala 2 adalah arus berlawanan dengan 1.
Badan termostat dibuat daripada seramik, memberikannya kekuatan dalam menghalang litar pintas dan panas lampau. Ia juga adalah antara penebat yang terbaik. Kepanasan yang terhasil tidak akan dapat merosakkan komponen lain dalam inkubator.
Cetakan pada badan termostat menunjukkan ia adalah produk C.A.E.M. tulen dan beroperasi dengan voltan maksimum 250V yang mana adalah selamat untuk digunakan di Malaysia yang hanya beroperasi pada 240V sahaja.

TIPS PENETASAN MENGGUNAKAN INKUBATOR

Kejayaan Menetaskan Telur Dengan Inkubator

Tidak semua telur yang dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!

Bagi yang telah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?

Daripada perkongsian maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.

Antaranya ialah:

1.Telur mestilah bersih, kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas. Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi nipis.Kalau tuan-tuan pernah tengok telur kotor & basah yang boleh menetas tolong beritahu saya!

2. Telur tidak boleh dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam. Kalau tuan-tuan pernah berjaya tetaskan telur yang terbiar lama sila maklumkan kepada saya!

3. Kedudukan inkubator mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang dan terbuka. Betul tak?

4. Pastikan inkubator bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.

5. Set suhu pada termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila suhu naik sehingga 39 C atau turun sehingga 37 C.


6. Kelembapan inkubator perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?

7. Peneropongan telur perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light” di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda kejayaan!

egg-day-3egg3

embryo1embryo2

Di bawah ini disediakan tentang punca gagal menetas dan cara mengatasinya.

jadual masalah tetasan

8. Telur perlu diputar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.

9. Kadangkala kita tengok ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.

10. Menjelang hari ke-18, kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.

11. Bila anak ayam dah keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.

INSYAALLAH semoga rezeki kita diberkati. Tanda-tanda rezeki yang berkat ialah semakin rezeki bertambah, semakin kuat kita beribadat. Bukannya bila ayam-ayam bertambah banyak, kita semakin sibuk hingga tak sempat nak sembahyang.

TEMPAHAN INKUBATOR MASIH LAGI DIBUKA

PADA SEMUA PELAYAR BLOG INI,TEMPAHAN INKUBATOR MASIH LAGI DIBUKA,TEMPAHAN TANPA DEPOSIT.KAPASITI TELUR AYAM KAMPUNG BOLEH MUAT 120 BIJI,KELUASAN 24 INCI X18 INCI.HARGA JUALAN RM 430.00